Sabarlah Cikgu

Sabarlah Cikgu

tanda paper exam, cikgu bawa balik kerja, tanggungjawab cikgu

Perkara biasalah bagi seorang guru, bawa balik kertas untuk ditanda di rumah jika tidak sempat disiapkan di sekolah.

Sajak ini adalah kiriman dari rakan blogger saya melalui whatsapp.

Sabarlah Cikgu
Ketika kerja keranian dilonggokkan di mejamu;
Di celahan buku-buku latihan anak muridmu,
Ada fail lusuh berisi borang ini dan itu.

Sabarlah cikgu,
Ketika pelbagai dasar caca marba digalaskan ke pundakmu;
Relakan mereka melucutkan hakmu,
Tanpa rotan di tangan dengan suara bisu,
Teruskan juangmu menjunjung ilmu.

Sabarlah cikgu,
Ketika anak-anak itu mencebirkanmu;
Mereka hanyalah kain putih yang tercemar lumpur dungu,
Dari tempias cendikiawan yang mengaku tahu,
Persis sang tikus membaiki labu.

Sabarlah cikgu,
Ketika tugasan maya menghenyakmu tak bermaya;
Tugas hakiki terperenyuk di hujung meja,
Pelajar gagal kau yang ditanya.

Sabarlah cikgu
Ketika kau diludahi karenah pentadbiran yang ego dan perasan;
Dukung prinsipmu biar prestasimu ditekan,
Gaulkan semuanya di pinggan iman,
Hirup hikmahnya biar kau semakin KENTAL!!!!

Sabarlah cikgu… sabarlah…
Luruskan dudukmu;
Genggam pena ilmu,
Dakap redha Tuhanmu,
Kejayaan pasti menunggu…

Untuk dikongsi bersama agar terus bersemangat dalam arena pendidikan ini…

SAJAK BUAT GURU

Guru, Membina akhlak mulia, Guru insan mulia

Guru : Membina akhlak mulia

Guru adalah segala-galanya

Bila kamu bergelar guru

Barulah kamu sedar betapa susahnya

menjadi seorang guru

Tika mana..

Ibu dan ayah menghantar anak ke sekolah

Hari pertama,

ibu dan ayah pergi untuk membayar yuran

siapakah yang mengutip yuran tersebut?

Kecuali guru menjadi seorang Akauntan.

Tika mana..

Anak murid cedera luka disekolah..

Gurulah yang menjadi Doktor merawat luka..

Hebatnya guru ini..

Tika mana..

Memerlukan seorang penceramah

Gurulah yang menjadi motivator

Menaikkan semangat pelajar

Kepada anak-anak muridnya.

Tika mana..

Pengetua hendakkan supaya kelas cantik

Berhias teratur tersusun

Gurulah yang menjadi pelukis seni

Yang terhebat ketika itu

Tika mana..

Guru diminta untuk membuat persembahan kepada pelajar

Gurulah yang menjadi penyanyi penghibur

Untuk menghiburkan anak-anak muridnya

Tika mana..

Kerusi dan meja sudah patah

Ketika itulah guru menjadi tukang kayu

Untuk membetulkannya

Hebat seorang guru..

Tika mana..

Anak-anak murid muntah didalam kelas

Gurulah yang menjadi pencucinya

Mencuci muntah tersebut

Hebatnya seorang guru..

Tika mana..

Anak murid mencuri barang kawan-kawan yang lain,

Gurulah yang menjadi detektif polis

Untuk menyelidik menyiasat

Siapa yang melakukannya

Tika mana..

Anak murid bergaduh bertumbuk

Gurulah yang menjadi hakim mahkamah

Untuk menentukan keputusan

Dengan adil dan saksama.

Tika mana…

Anak murid dalam kecemasan untuk dibawa ke hospital

Gurulah yang menjadi pemandu ambulan

Untuk membawa anak murid ke hospital

Tika mana ..

Anak murid bersedih kehilangan ibu dan ayah

Atau saudara mara

Gurulah yang menjadi pelawak sarkis

Penghibur kepada anak-anak muridnya

Tika mana…

Anak-anak berada diperhimpunan

Untuk mengawalnya

Gurulah yang menjadi pengawal keselamatan

Hebatnya guru..

Tika mana..

Anak-anak Berada dipadang untuk bersukan

Gurulah yang menjadi pengadilnya

Untuk menentukan keputusan

Hebatnya guru..

Terima kasih guru..

Hargailah guru anda..

SAJAK BUAT GURU

Dalil mulianya kerjaya seorang guru

” MEMBINA ILMU, MENYEMPURNAKAN AKHLAK”

SELAMAT HARI GURU…

KEPADA SEMUA GURU DI SELURUH MALAYSIA…

Dariku.. seorang guru…

Nukilan Nizamul Amri (Guru JAWI).