Gallery

Kisah di laman sosial dunia IT masa kini

Kisah di laman sosial dunia IT masa kini

Quote of the Day

Laman sosial bukan tempat bersuka-suka semata

Assalamu’alaikum.

Jangan jadikan laman sosial sebagai tempat untuk menjahanamkan rumahtangga anda sendiri, berbataslah dalam setiap perkara. Continue reading

Status

HANYA KERANA SESUAP NASI

HANYA KERANA SESUAP NASI

Screenshots_2016-03-07-12-48-47.png

Jika tak mampu support beli produk kawan-kawan facebook dan lain² laman sosial berniaga, cukuplah sekadar like posting mereka.

Jika tak mampu nak like, janganlah sampai perli-perli mereka kerana selalu up kan iklan.

Kita tak tahu mungkin sebenarnya dia tengah struggle nak cari duit buat belanja anak-anak dia ke sekolah.

Kita tak tahu anak-anaknya masih kecil bersusun rapat untuk disekolahkan.

Kita tak tahu mungkin sebenarnya dia tengah struggle nak bantu suami yang baru sahaja hilang pekerjaan.

Kita tak tahu duit dia sebenarnya hanya ada RM50 sahaja. Itu pun berkongsi dengan suaminya.

Kita tak tahu sebenarnya dia tengah struggle nak beli susu dan pampers anak kecil dia.

Sebab suatu masa lalu, saya dan suami saya juga struggle…  Tiada siapa yang tahu… Pedih dan peritnya tika itu…

Dan saya sangat faham keadaan mereka yang sedang struggle mencari duit. Hanya kerana sesuap nasi untuk anak-anak dan keluarga mereka.

Gallery

Seorang wanita itu

Seorang Wanita itu

IMG_20151123_201409

Hati yang luka tidak akan terubat jika ego menguasai diri…

Seorang Wanita itu,
Ada yang bergelar anak
Ada yang bergelar Isteri
Ada yang bergelar ibu.

Seorang Wanita itu,
Perlu tabah
Perlu kuat
Perlu kental
Jiwa dan raganya.

Seorang Wanita itu,
Sering menyeka air matanya
Kala bersendirian
Mengenang kisah silam
Hampir musnah kehidupan.

Seorang Wanita itu,
Sering tersenyum
Di hadapan ramai
Walau luka bergelumat nista.

~ieta Mat Sa’ad~
Kisah Cikgu ieta
Dunia Niaga ieta Enterprise

Gallery

Luahan Hati Guru Merdeka

Merdeka, Guru Merdeka, Merdekakah kita?, Luahan hati guru Merdeka

Merdeka Guru merdeka, merdekakah kita?

    Luahan Hati Guru Merdeka

Adakala seorang guru menangis kenangkan betapa sengsaranya…
Bekerja bersengkang mata.
Mencari rezki demi sesuap nasi untuk keluarga…

Perlu akur kehendak TUAN/PUAN YANG MULIA.
DIAM tanpa sebarang kata.
Rela diri jadi pekerja.
Demi menabur bakti pada anak bangsa.

Tapi sikap manusia ada sahaja dengki sini sana.
Adakala parents salah tak mengaku pula.
Jumpa Guru Besar mengadu hal kita yang dok mengajar anaknya.

Stress terbebannya…
Allah jua yang tahu bagaimana…
Macam² dokumen perlu diisi sentiasa.
Macam mana nak mengajar semata-mata-mata?

Kerja kerani Cikgu kena buat juga.
Cikgu bukan nak merungut sini sana.
Harap mengerti sahaja.
Jadi Cikgu ni bukan duduk sahaja…

Kerja sekolah dibeban bawa balik ke rumah sentiasa.
Sampai suami dah tak terkata apa-apa.
Nak tolong bukan bidangnya pula.
Dia pun nak handle kerja rumah dn anak-anak juga.

Kertas exam, Guru

Hari cuti mudahlah menanda di rumah.

Akhirnya kerja rumah tak terbuat ke sudahnya…
Dah Cikgu sibuk menyiapkan kerja sekolah di rumahnya.
Tak siap nanti kena marah atau diperli pula…

Inilah realitinya seorang Cikgu zaman teknologi serbaguna…
Senyum… Tak perlu kata apa-apa… 🙂

Sabarlah Cikgu

Sabarlah Cikgu

tanda paper exam, cikgu bawa balik kerja, tanggungjawab cikgu

Perkara biasalah bagi seorang guru, bawa balik kertas untuk ditanda di rumah jika tidak sempat disiapkan di sekolah.

Sajak ini adalah kiriman dari rakan blogger saya melalui whatsapp.

Sabarlah Cikgu
Ketika kerja keranian dilonggokkan di mejamu;
Di celahan buku-buku latihan anak muridmu,
Ada fail lusuh berisi borang ini dan itu.

Sabarlah cikgu,
Ketika pelbagai dasar caca marba digalaskan ke pundakmu;
Relakan mereka melucutkan hakmu,
Tanpa rotan di tangan dengan suara bisu,
Teruskan juangmu menjunjung ilmu.

Sabarlah cikgu,
Ketika anak-anak itu mencebirkanmu;
Mereka hanyalah kain putih yang tercemar lumpur dungu,
Dari tempias cendikiawan yang mengaku tahu,
Persis sang tikus membaiki labu.

Sabarlah cikgu,
Ketika tugasan maya menghenyakmu tak bermaya;
Tugas hakiki terperenyuk di hujung meja,
Pelajar gagal kau yang ditanya.

Sabarlah cikgu
Ketika kau diludahi karenah pentadbiran yang ego dan perasan;
Dukung prinsipmu biar prestasimu ditekan,
Gaulkan semuanya di pinggan iman,
Hirup hikmahnya biar kau semakin KENTAL!!!!

Sabarlah cikgu… sabarlah…
Luruskan dudukmu;
Genggam pena ilmu,
Dakap redha Tuhanmu,
Kejayaan pasti menunggu…

Untuk dikongsi bersama agar terus bersemangat dalam arena pendidikan ini…

SAJAK BUAT GURU

Guru, Membina akhlak mulia, Guru insan mulia

Guru : Membina akhlak mulia

Guru adalah segala-galanya

Bila kamu bergelar guru

Barulah kamu sedar betapa susahnya

menjadi seorang guru

Tika mana..

Ibu dan ayah menghantar anak ke sekolah

Hari pertama,

ibu dan ayah pergi untuk membayar yuran

siapakah yang mengutip yuran tersebut?

Kecuali guru menjadi seorang Akauntan.

Tika mana..

Anak murid cedera luka disekolah..

Gurulah yang menjadi Doktor merawat luka..

Hebatnya guru ini..

Tika mana..

Memerlukan seorang penceramah

Gurulah yang menjadi motivator

Menaikkan semangat pelajar

Kepada anak-anak muridnya.

Tika mana..

Pengetua hendakkan supaya kelas cantik

Berhias teratur tersusun

Gurulah yang menjadi pelukis seni

Yang terhebat ketika itu

Tika mana..

Guru diminta untuk membuat persembahan kepada pelajar

Gurulah yang menjadi penyanyi penghibur

Untuk menghiburkan anak-anak muridnya

Tika mana..

Kerusi dan meja sudah patah

Ketika itulah guru menjadi tukang kayu

Untuk membetulkannya

Hebat seorang guru..

Tika mana..

Anak-anak murid muntah didalam kelas

Gurulah yang menjadi pencucinya

Mencuci muntah tersebut

Hebatnya seorang guru..

Tika mana..

Anak murid mencuri barang kawan-kawan yang lain,

Gurulah yang menjadi detektif polis

Untuk menyelidik menyiasat

Siapa yang melakukannya

Tika mana..

Anak murid bergaduh bertumbuk

Gurulah yang menjadi hakim mahkamah

Untuk menentukan keputusan

Dengan adil dan saksama.

Tika mana…

Anak murid dalam kecemasan untuk dibawa ke hospital

Gurulah yang menjadi pemandu ambulan

Untuk membawa anak murid ke hospital

Tika mana ..

Anak murid bersedih kehilangan ibu dan ayah

Atau saudara mara

Gurulah yang menjadi pelawak sarkis

Penghibur kepada anak-anak muridnya

Tika mana…

Anak-anak berada diperhimpunan

Untuk mengawalnya

Gurulah yang menjadi pengawal keselamatan

Hebatnya guru..

Tika mana..

Anak-anak Berada dipadang untuk bersukan

Gurulah yang menjadi pengadilnya

Untuk menentukan keputusan

Hebatnya guru..

Terima kasih guru..

Hargailah guru anda..

SAJAK BUAT GURU

Dalil mulianya kerjaya seorang guru

” MEMBINA ILMU, MENYEMPURNAKAN AKHLAK”

SELAMAT HARI GURU…

KEPADA SEMUA GURU DI SELURUH MALAYSIA…

Dariku.. seorang guru…

Nukilan Nizamul Amri (Guru JAWI).