Gallery

Kisah di laman sosial dunia IT masa kini

Kisah di laman sosial dunia IT masa kini

Quote of the Day

Laman sosial bukan tempat bersuka-suka semata

Assalamu’alaikum.

Jangan jadikan laman sosial sebagai tempat untuk menjahanamkan rumahtangga anda sendiri, berbataslah dalam setiap perkara.

Laman sosial, jika empunya diri bijak membawa ke arah positif maka positiflah hasilnya. Jika bawa ke arah negatif, maka negatiflah jadinya. Tidak salah Mark Zuckerbeg atau salah sesiapa, salahkan diri sendiri jika terjadi apa-apa. Pilihankan dijari sendiri..? 😉

Kisah laman Sosial di zaman IT masa kini

Pilihan terletak di tangan anda sendiri

Allahyarhamah emak saya pernah berkata “Kita yang buat dia… Bukan dia buat kita…. Jadi, pandai-pandai kitalah nak acukan lagu mana…”.

Hari ni saya ingin berkongsi pantun Kisah di laman sosial dunia IT masa kini.

Ada kisah yang ingin ku kongsi,
Kisah mengenai dunia teknologi,
Bagi yang tidak tahu apa itu FB,
Mohon Google search dengan sendiri.

Kawan-kawanku ramai yang ada FB,
Ku kenali di sekolah rendah hinggalah universiti,
Mudah bagi kami untuk berkomunikasi,
Semuanya terletak di hujung jari.

Pelbagai usia pengguna FB,
Tak kira tua, dewasa dan remaja muda mudi,
Bila ditanya tujuan buat FB,
Jawabnya banyak ilmu hendak dikongsi.

Bagusnya jika bijak menggunakan FB,
Dapatlah saling berkongsi ilmi,
Namun yang hairannya lain yang jadi,
Ilmu tidak dikongsi, dosa yang dicari.

Bukankah tujuan hidup duniawi,
Banyakkan ibadah untuk bekalan diri,
Tapi sayangnya manusia zaman kini,
Dosa yang sudah banyak ditambah lagi.

Salah guna FB memakan diri,
Maksiat berganda dimurkai Ilahi,
Antara punca pergaduhan suami isteri,
FB digunakan dengan tujuan tak bererti.

Zaman sekarang melalui FB,
Ramai yang berkenalan dengan kekasih hati,
Wajah-wajah yang menawan mencuri hati,
Entahkan sama di alam realiti?

Yang hangat bercinta buat ayat geli-geli,
I love you, I miss you di wallpost setiap hari,
Kata update status via Blackberry,
Takkan lah dah tak ada kredit nak SMS lagi?

Dinding pula penuh dengan luahan hati,
Mencarut di status tidak sedar diri,
Lebih malu sekiranya si gadis yang memaki,
Merendahkan martabat si empunya diri.

Gunalah FB untuk saling menasihati,
Kongsilah ilmu-ilmu yang diketahui,
Bukan sahaja anda berbakti,
Pahala yang dicari pasti menanti!

Selitkan ayat-ayat Quran dan hadis Nabi,
Jadikan status di wall FB,
Carilah kalam-kalam hikmah yang mendidik diri,
Moga dapat menjadi penghias diri.

Ataupun, uploadlah video dan CD,
Masukkan link tazkirah di dinding FB,
Mudah dikongsi, ilmu pun diperolehi,
Untuk dijadikan bekalan akhirawi.

Wahai Muslim Mukmin sejati,
Marilah bersama kita bersatu hati,
Ikutilah sunnah perjuangan nabi,
Dakwah diberi, nikmat dikecapi.

Sampai di sini kisahku kali ini,
Moga sedikit sebanyak dapat mencuit hati,
Tidak rugi memanfaatkan teknologi,
Jauhkan diri daripada godaan duniawi.

Maaf andai ada yang terhiris hati,
Aku sekadar ingin menasihati,
Salam ukhwah ya akhi wa ukhti,
semoga bertemu lagi…

Kisah laman sosial zaman IT masa kini

Jangan semua nak cerita…

Kisah di laman sosial dunia IT masa kini sering terjadi. Hanya iman di dada bisa menjauhkan dari gejala negatif di hati. Moga bermanfaat buat semua perkongsian saya hari ini.

 

Saya blogger Ieta Mat Sa’ad, Instagram : kisahcikguieta Blog : Kisah Cikgu ieta

Kredit pantun : Page Kisah Zakat Malaysia.

Advertisements

Terima kasih sudi meninggalkan komen bermanfaat. URL link tak payah kowt...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s